DUNIA
Tokyo
jadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020
PERDANA
Menteri Jepun, Shinzo Abe (tiga dari kanan) melompat kegembiraan bersama
delegasi Tokyo 2020 selepas Presiden IOC mengumumkan Tokyo sebagai hos Sukan
Olimpik 2020.
|
TOKYO, Jepun - Bandar raya Tokyo
mengungguli hak penganjuran Sukan Olimpik 2020 selepas dipilih oleh
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Ibu negara Jepun itu mengetepikan
Istanbul, Turki dengan undi 60-36 pada pusingan akhir undian oleh IOC di Buenos
Aires, Argentina kelmarin.
Madrid, Sepanyol pula tersingkir
pada pusingan awal undian.
Keputusan undian itu hadir selepas
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberi jaminan berhubung keselamatan krisis
nuklear Fukushima kepada anggota-anggota IOC.
Krisis nuklear Fukushima berlaku
ekoran bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara matahari terbit itu
pada Mac 2011.
Kejayaan dipilih sebagai tuan rumah
sukan itu disambut gembira oleh beribu-ribu orang yang berkumpul sejak awal
pagi di pusat bandar di sini yang menonton siaran langsung pengumuman dari
Buenos Aires.
Jepun sebelum ini pernah menjadi
tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1964. - Agensi
No comments:
Post a Comment