Percaturan
empat pelakon berkaliber
|
JAUH di
perkampungan Batu 18, Ulu Langat, Selangor, sebuah produksi sedang berkampung
melunaskan projek filem terkini. Di kawasan kolam ikan, bersebelahannya
terdapat sebuah rumah kampung. Di kediaman tersebut, banyak orang yang semuanya
terlibat dalam pembikinan filem dengan judul Tembus.
Tembus belum
ditayangkan di pawagam, namun sutradaranya, Ahmad Idham sudah bijak menyu- sun
strategi. Tiga pemain utama filemnya bukan nama kecil dalam industri seni
tempatan.
Mereka - Khir
Rahman yang sudah cukup gah kredibilitinya, Aaron Aziz dengan popularitinya
bukan picisan dan Fazura, si manis kesayangan peminat juga telah terbukti
keberkesanan lakonannya.
Bergabung
dengan kehebatan tiga anak seni ini, Idham memancing aktres sensasi dan
terkenal Indonesia, Luna Maya untuk pertama kali mencuba nasib dalam pasaran
Malaysia.
Secara tidak
langsung filem tersebut diwakili oleh pelakon dari tiga negara iaitu Malaysia,
Singapura dan Indonesia.
Antagonis
Luna
Mememang
watak Marylia, Luna mengakui ini bukan pertama kali dia menerima tawaran untuk
berlakon di dalam produk Malaysia. Bagaimanapun katanya, dia akhir- nya memberi
kata setuju untuk terbabit dengan Tembus selepas diyakinkan oleh
pengurusnya, Iman Tang.
"Sebelum
ini memang ada banyak tawaran ber- lakon yang datang kepada saya. Bagaimanapun,
saya tolak kerana saya tidak tahu 'corak' sebenar industri hiburan Malaysia.
Namun, selepas mempunyai pengurus di sini dan kebetulan tawaran ini datang,
saya bersetuju untuk mencuba nasib," ujar Luna.
Selain itu
jelas Luna, pokok utama yang menggerakkan hatinya untuk bersetuju terbabit
dalam Tembus adalah kerana karakter Marylia yang dianggap menarik.
Marylia
merupakan watak antagonis, satu watak yang jarang dimainkan oleh Luna sepanjang
berkecimpung sebagai pelakon di republiknya.
"Apa
yang saya gemar tentang watak Marylia ini kerana ia satu watak psiko yang
terjadi kerana cinta," katanya yang enggan mendedahkan lebih banyak
tentang karakter tersebut.
Ditanya apa
kepentingan buatnya untuk terjun masuk di dalam industri seni Malaysia, mantan
ke- kasih Ariel Noah itu memberitahu, dia hanya mahu mencuri pengalaman
berlakon di dalam rumpun yang sama.
Ujarnya:
"Saya sedar, banyak drama saya ditayangkan di sini tetapi saya tidak
pernah beker- jasama dengan produksi di sini.
"Jujurnya,
ya saya tidak punya sebarang kepen- tingan untuk berlakon di sini tetapi saya
mahu mencuri pengalaman bekerja di sini. Belajar tentang cara kerja dan saya
juga tahu bahawa Aaron, Fazura dan Khir misalnya merupakan pelakon yang
hebat."
Ditebak
dengan persoalan tentang kebarangkalian jika filem tersebut gagal di pasaran
adakah dia akan tetap menerima tawaran lain, Luna menegaskan, setiap filem yang
di- hasilkan tidak punya rumus matematik yang boleh menjelaskan sama ada ia
bakal gagal atau sukses.
Sebaliknya,
ia bergantung kepada selera setiap individu. "Saya sebagai pelakon akan
cuba memberi yang terbaik, namun pada penghujungnya ia bergantung kepada selera
masing-masing."
KHIR dan
Aaron bakal menyuntik aura dan kredibiliti lakonan masing-masing dalam filem
Tembus.
|
Tak langgar
prinsip Fazura
Seperti Luna,
Fazura yang kini kembali aktif berlakon memberitahu, dia menerima lamaran Idham
kerana tertarik dengan karakter Izza, seorang ibu yang kehilangan anak.
Sebagai
seorang wanita yang belum berumah tangga, jauh sekali memiliki anak, ia
merupakan cabaran utama buat aktres tersebut melunaskan tanggungjawabnya dengan
sebaik mungkin.
"Saya
rasa watak Izza satu cabaran yang menarik untuk saya realisasikan. Sebagai
seorang yang belum berkahwin saya perlu membawa watak isteri dan ibu yang
kehilangan anak. Itu sesuatu yang sukar buat saya," ujarnya.
Namun,
faktor utama yang membuat dia bersetuju memainkan watak isteri kepada Hadi,
lakonan Aaron adalah ia tidak melanggar prinsipnya yang perlu bersentuhan
secara berlebihan dengan lelaki.
Katanya:
"Ini bukan paparan tipikal suami isteri yang perlu ada adegan di atas
katil atau berpelukan berlebihan dan sebagainya. Sebab itu, saya terima tawaran
ini kerana ia lebih tentang konflik yang mahu dipaparkan."
Sementara
itu, bercakap tentang dirinya yang sentiasa menjadi buruan penerbit biar dia
sendiri mengehadkan setiap penglibatannya untuk mengelak khalayak muak, Fazura
bersyukur kerana kepercayaan yang masih tebal buat dirinya.
Bagaimanapun
kata Fazura, dia akan terus selektif demi prinsip yang dipegang selain sibuk
dengan bisnes House of Doll miliknya.
"Insya-Allah,
untuk filem dan tele- movie, saya masih boleh terima tetapi untuk terbabit
dengan drama rantaian, ia sedikit berat kerana saya punya komitmen lain iaitu
bisnes untuk selalu diberi perhatian," katanya.
Rezeki Aaron
Aaron Aziz
yang begitu 'panas' sebagai pelakon menjelaskan, dia mene- rima tawaran Idham
kerana melihat Tembus bukan sekadar sebuah naskhah thriller yang tipikal.
Sebaliknya, kata Aaron ia penuh dengan kejutan.
"Ini
bukan filem yang senang untuk orang tebak kesudahannya. Sementelah, saya juga
senang membina keserasian dengan semua pelakon," jelas Aaron.
Tembus
menjadi filem ke-11 Aaron. Ditanya bagaimana dia mengasingkan dirinya dari
dunia lakonan filem dengan drama, Aaron memberitahu, dia tidak pernah
mengkelaskan jenis pelakon apa dia berada. Sebaliknya, dia senang meletak
dirinya sebagai seorang pelakon yang bekerja untuk meneruskan kelangsungan
hidup.
Ujarnya:
"Saya seorang yang realis- tik. Saya bermain untuk filem dan drama kerana
saya seorang pelakon. Melalui kedua-dua cabang ini, saya dapat mengaut
pengalaman yang berbeza dan inilah rezeki saya."
LUNA dan
Fazura melakonkan watak yang saling berbeza antara satu sama lain.
|
Khir tidak
mendabik dada
Menjadi
pelakon paling senior di dalam filem ini, Khir Rahman ironinya seorang yang
cukup merendah diri. Dia tidak mendabik dada hanya kerana dia seorang senior,
jauh sekali memperlekehkan tiga rakan mainnya.
"Mereka
semua pelakon yang hebat dan telah terbukti kehebatan mereka. Saya senang
bekerja dengan mereka dan keserasian kami mudah wujud," katanya yang
memegang watak Mazri. Ditanya
apakah kelebihan filem tersebut, Khir memberitahu, penonton tidak akan dapat
menebak konflik yang berlaku pada separuh cerita dan hanya akan mengetahui
kebe- narannya pada penghujung cerita.
Sengaja
menjolok Khir dengan persoalan tentang banyak pihak takut untuk mendekatinya
kerana dilihat sebagai seorang anak seni yang serius, Khir tersenyum.
Pantas dia
membetulkan persepsi tentang dirinya yang banyak disalah tafsir.
Dia mengaku
seorang pembikin seni yang serius dan suka melaku- kan impak terhadap setiap
pembabitan atau karya, ironi, dia seorang yang mudah didekati.
"Kelemahan
saya, saya memang seorang yang tidak pandai bercakap. Ditambah pula dengan raut
wajah yang garang.
Namun, itu
tidak bermakna saya sukar didekati, jujurnya saya okay untuk didekati,"
ujarnya bersungguh- sungguh.
Ditanya
tentang kariernya di luar lingkup seorang pelakon, Khir memaklumkan selain
menunggu tayangan filem miliknya, Balada Pencinta berada di pawagam pada
24 Oktober depan, dia juga bakal menerbitkan filem yang diusaha sama dengan
produksi Camwerk Studios milik Aqasha, Zain Ruffedge dan Syed Hussein berjudul Garang.
No comments:
Post a Comment